001511949

We have 4 guests and no members online

001511949
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
36
115
151
1510747
3301
8388
1511949

Your IP: 54.225.26.44
Server Time: 2018-10-22 08:07:17

There were no published polls with this id found.

Sejarah Sekolah

Font Size:

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Aneka Jurusan. Sekolah Menengah Aneka Jurusan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1965. Selama setahun penubuhannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Fatimah, Bentong pada sesi petang. Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong ini siap dibina pada awal tahun 1966. Pada peringkat awal, sekolah ini hanya terdiri daripada tiga blok bangunan iaitu dua bangunan untuk pentadbiran dan kelas (Blok A dan Blok B) dan satu blok asrama.

Pengetua SMK Bentong yang pertama ialah Encik Mohd Nor bin Hj. Osman. Akibat daripada pertambahan pelajar, bangunan sekolah telah dibina untuk menampung keperluan pelajar. Pada tahun 1975 satu blok asrama dan blok C telah dibina. Manakala blok D dan blok E telah siap dibina pada tahun 1988 dan 1990.

Asrama sekolah ini pada peringkat penubuhannya hanya terhad kepada pelajar puteri dari SMK Sulaiman. Bermula pada tahun 1991, asrama SMK Bentong dikhususkan kepada pelajar putera dan puteri SMK Bentong sahaja. Sekolah ini menerima pelajar dari sekitar daerah Bentong seperti dari Kampung Benus, Felda Lurah Bilut, Felda Mempaga, Felda Sertik dan Simpang Pelangi.